fb fb fb fb fb

Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka mendatar minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung.

Peniaga kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, harga dijangka bergerak antara RM4,300 dan RM4,550 setan.

“Bagi permintaan fizikal, seperti biasa, ia akan datang dari China, India, Pakistan, negara-negara Timur Tengah serta beberapa pembeli dari Kesatuan Eropah (EU),” katanya.

Bagi prestasi mingguan, kontrak bulan spot baharu November 2025 susut RM57 kepada RM4,382 setan, manakala Disember 2025 berkurangan RM73 kepada RM4,403 setan dan Januari 2026 merosot RM91 kepada RM4,422 setan.

Februari 2026 turun RM92 kepada RM4,435 setan, Mac 2026 susut RM86 kepada RM4,432 setan, manakala April 2026 merosot RM76 kepada RM4,420 setan.

"Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 361,379 lot berbanding 510,118 lot minggu sebelumnya, manakala open interest merosot kepada 256,714 kontrak daripada 289,323 kontrak", katanya. 

Harga MSM fizikal bagi November Selatan kekal tidak berubah pada RM4,440 setan.- BERNAMA

Trainee