fb fb fb fb fb

Ringgit meningkat semula berbanding dolar semasa dibuka

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dibuka pada Jumaat, dalam keadaan sentimen pasaran yang lemah kerana pelabur menjangkakan satu lagi kenaikan suku mata ke atas Kadar Dana Rizab Persekutuan AS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan minggu depan.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7770/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7855/7885 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS meningkat 0.07 peratus kepada 106.602 mata.

ā€œPertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2023 agak mengejutkan kerana lebih kukuh berbanding jangkaan, iaitu pada 4.9 peratus suku ke suku (konsensus: 4.3 peratus) dengan pelaburan melonjak 8.4 peratus (suku kedua: 5.2 peratus) di samping prestasi perbelanjaan pengguna yang meningkat 4.0 peratus daripada hanya 0.8 peratus pada suku sebelumnya,ā€ katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1766/1795 daripada 3.1838/1860 pada penutupan pada Khamis, dan naik berbanding euro kepada 5.0436/0478 daripada 5.0468/0500 namun lemah berbanding pound British kepada 5.7931/7979 daripada 5.7847/7883 semalam.

Unit tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4871/4903 daripada 3.4900/4925 semalam, dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.1867/2028 daripada 13.1952/2097 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.

Unit domestik hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 300.0/300.4 daripada 300.5/300.9 semalam.-BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE