fb fb fb fb fb

Pasaran mineral kritikal di Malaysia diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Pasaran mineral kritikal di Malaysia bernilai RM1.4 trilion dan diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040.

Menurut kumpulan teknologi hartanah global, Juwai IQI pertumbuhan pasaran akan dipacu permintaan yang meningkat bagi sumber galian, didorong peralihan kepada tenaga hijau.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kashif Ansari berkata, perkembangan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia, memandangkan negara kaya dengan simpanan mineral kritikal.

Sumber mineral negara dianggar bernilai RM4.1 trilion, merangkumi RM745 bilion nadir bumi dan mineral logam mencecah RM1 trilion.

Pekerjaan baharu berpendapatan tinggi juga dapat diwujudkan dengan meningkatkan pemprosesan dan pembuatan mineral berkenaan.

Selain itu menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Pasaran hartanah akan turut mendapat limpahan manfaat, dengan permintaan terhadap ruang industri dan hartanah di kawasan simpanan mineral dijangka meningkat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE