
ALOR GAJAH, 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini singgah makan tengah hari di Restoran Sultan di sini kira-kira 12.30 tengah hari.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri menyantuni orang ramai dan meluangkan masa lebih 30 minit bersama pengunjung.
- Orang ramai menyambut dengan kegembiraan dan keterujaan kehadiran Perdana Menteri.
- Sesi ramah mesra dimanfaatkan orang ramai untuk merakam foto bersama Perdana Menteri.
- Perdana Menteri bergerak ke Masjid Ar-Rasyidin untuk solat Jumaat, diiringi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli.
Datuk Seri Anwar turut berkesempatan menyantuni orang ramai yang turut berada di kawasan sekitar restoran dan meluangkan masa lebih 30 minit.
Orang ramai yang hadir menyambut dengan kegembiraan dan keterujaan kehadiran Perdana Menteri di sini.
Sesi ramah mesra itu turut dimanfaatkan oleh orang ramai untuk merakam kenangan foto bersama Datuk Seri Anwar.
Selepas itu, Perdana Menteri kemudian menuju ke Masjid Ar-Rasyidin bagi menunaikan solat jumaat.
Kehadiran beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim.