KBS perhalusi sokongan buat Azizulhasni

Foto RTM

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Sokongan menyeluruh sedang diperincikan bagi membantu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menentukan hala tuju seterusnya dalam kariernya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan positif antara KBS, Azizulhasni dan jurulatih John Beasley bagi menilai keperluan jika beliau meneruskan persiapan.
  • Sokongan MSN dan ISN merangkumi sains sukan, perubatan, pemakanan, suplemen serta program latihan sesuai.
  • Keputusan mengenai perancangan masa depan masih dalam perbincangan dan akan diumumkan selepas dimuktamadkan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata perbincangan positif telah diadakan antara kementerian, Azizulhasni serta jurulatihnya, John Beasley, bagi menilai keperluan sekiranya atlet itu meneruskan persiapan menghadapi temasya akan datang.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) merangkumi sains sukan, perubatan, pemakanan, suplemen serta program latihan yang bersesuaian.

“KBS komited memastikan sokongan menyeluruh agar Azizulhasni terus berada pada prestasi terbaik sekiranya meneruskan cabaran di pentas antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Bulan Rakan Demokrasi 2026 bersama program Kuasa Orang Muda di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan berhubung perancangan masa depan atlet itu masih di peringkat perbincangan dan akan diumumkan secara rasmi selepas dimuktamadkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.