fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah susulan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran turut memberi reaksi negatif terhadap prestasi bercampur-campur yang dicatatkan data ekonomi AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya telah dikekang oleh prestasi ekonomi China yang lebih baik memandangkan petunjuk kestabilan ekonomi di China telah meningkatkan sentimen pasaran.

“Pasaran kini akan menumpukan mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan minggu ini, dengan ramai yang menjangkakan bank pusat mengekalkan kadar faedah tidak berubah,” katanya.

Pada tengah hari, harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 13.5 sen kepada 680.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 2.0 sen kepada 556.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 682.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 557.0 sen sekilogram.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI