fb fb fb fb fb

Pasaran getah dijangka catat aliran meningkat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Pasaran getah Malaysia dijangka mencatat aliran meningkat minggu depan, dipacu prestasi ekonomi lebih kukuh di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), pemulihan berterusan harga minyak turut menyumbang kepada sentimen positif dalam pasaran komoditi tersebut.

Prestasi memberangsangkan data ekonomi AS, ditambah dengan kenaikan semula harga minyak serta jangkaan langkah rangsangan tambahan dari China, dilihat sebagai faktor utama yang mampu menyokong prestasi pasaran getah pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, MARGMA turut mengingatkan bahawa ketidaktentuan dasar perdagangan AS masih menjadi risiko utama yang membayangi pasaran.

Ketidaktentuan yang berterusan akibat dasar perdagangan AS termasuk kemungkinan rundingan sebelum 1 Ogos serta potensi pelarasan kadar faedah, boleh mempengaruhi pasaran getah.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN