fb fb fb fb fb

ASEAN+3 perkukuh kerjasama depani cabaran serantau

ASEAN+3 perkukuh kerjasama depani cabaran serantau.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Negara anggota ASEAN komited memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani cabaran global yang semakin mencabar.

Komitmen bersama itu disuarakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur 3 (ASEAN+3) ke-26 yang dipengerusikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mesyuarat berprofil tinggi itu memberi tumpuan kepada isu-isu utama seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan awam dan perubahan iklim yang memerlukan pendekatan kolektif dan bersepadu.

Pada mesyuarat sama, menteri terbabit menyambut baik perkembangan pelaksanaan Rancangan Kerja ASEAN+3 (2023-2027), terutamanya dalam sektor perdagangan, kewangan, pertanian, keselamatan makanan, perusahaan kecil dan sederhana, ekonomi digital serta keselamatan siber.

ASEAN+3 turut menyatakan tekad mempercepat pembinaan sistem ekonomi serantau yang mampan, inklusif dan tangkas melalui pengukuhan rantaian bekalan serta logistik serantau

Dalam pada itu, kejayaan Program Kerjasama Ekonomi ASEAN+3 turut dihargai, dengan memfokuskan kepentingan kelancaran aliran barangan dan perkhidmatan penting dalam situasi global yang tidak menentu.

Mesyuarat itu juga menggariskan komitmen jangka panjang bagi memperkasa kerjasama strategik ke arah menjadikan Asia Timur sebagai rantau lebih makmur, berdaya tahan dan berpaksikan rakyat menjelang 2045.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN