fb fb fb fb fb

OPR kekal 3% tanda ekonomi negara semakin pulih- Penganalisis

Penganalisis ekonomi, Dr Zokhri Idris

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Kadar Dasar Semalaman; OPR sepanjang tahun ini yang menyaksikan kenaikan 25 mata asas pada Mei iaitu tiga peratus dan kekal hingga hujung tahun mencerminkan ekonomi negara semakin pulih.

Penganalisis ekonomi, Dr Zokhri Idris berkata, ia juga menggambarkan ekonomi semakin berdaya tahan setelah dirundung ancaman COVID-19 ,tiga tahun lalu.

"Jadi, pengekalan pada 3.0% itu menunjukkan kemampanan para peminjam untuk meminjam dan melunaskan pinjaman mereka dan mereka mampu kerana ada peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.

"Kedua, kita juga melihat bagaimana ia menarik keyakinan dan juga kepercayaan kepada pelabur luar terhadap kadar dasar semalaman 3.0 ini,"katanya.

Sementara itu, berhubung Pelaburan Langsung Asing, FDI, tambahnya, Malaysia masih mempunyai daya tarikan pelaburan apabila dibuktikan dengan beberapa Perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani antaranya bersama Amazon, Tesla dan sebagainya.

Ujarnya, ia seharusnya menjadi fokus kekuatan untuk menempuh tahun 2024 bagi melihat kesinambungan dan pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE