fb fb fb fb fb

Langkah BNM diunjur stabilkan kadar jangka pendek

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh pada Rabu, disokong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM45.31 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM25.80 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi masing-masing tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 14 hari.

Ia akan turut melaksanakan dua tender repo bernilai RM1 bilion masing-masing selama 33 hari dan 91 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan pengeluaran tender Bil Antara Bank-Bank Islam Bank Negara bernilai RM2 bilion selama 31 hari bermula 29 Dis, 2023.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi satu dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.8 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM25.8 bilion.-BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE