fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi, menjejaki kenaikan minyak mentah, soya

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut hari ini, menjejaki pengukuhan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan minyak mentah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan output dan paras stok yang lebih rendah di negara ini juga dilihat sebagai sentimen menyokong dalam tempoh terdekat.

“Oleh itu, kami melihat sokongan pada paras RM3,750 satu tan dan rintangan pada RM3,900 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Januari 2024 menokok sebanyak RM40 kepada RM3,780 satu tan, Februari 2024 meningkat RM57 kepada RM3,831 satu tan, Mac 2024 naik RM62 kepada RM3,856 satu tan, April 2024 menambah sebanyak RM61 kepada RM3, 843 satu tan, Mei 2024 adalah RM51 lebih baik kepada RM3,799 satu tan dan Jun 2024 melonjak RM43 kepada RM3,738 satu.

Jumlah dagangan merosot kepada 83,644 lot berbanding 95,307 lot yang dicatatkan semalam dan kepentingan terbuka mengecil kepada 202,342 kontrak daripada 298,179.

Harga fizikal MSM bagi Januari Selatan menambah RM30 kepada RM3,850 satu tan.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN