fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Pada penutupan, kontrak Januari 2024 naik kepada US$2,045.0 satu auns troy berbanding US$2,035.50 yang dicatatkan pada Khamis, manakala Februari 2024 meningkat kepada US$2,055.20 daripada US$2,045.70 sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 serta Jun 2024 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$2,061.70 satu auns troy berbanding US$2,052.20 semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 38 lot daripada 16 lot, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 111 kontrak daripada 75 sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,029.15 satu auns troy, menurut laporan London Bullion Market Association pada 11 Januari.-BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM