fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan jangkaan laporan tanaman yang positif, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami menjangka harga MSM akan diniagakan antara RM3,900 dan RM4,100 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh menjangka niaga hadapan MSM diniagakan antara RM3,750 dan RM3,850 satu tan.

“Kami menunggu data bagi bulan Mei oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang akan dikeluarkan pada bulan depan. Data tersebut, termasuk kedudukan stok dan angka eksport untuk bulan Mei, dijangka tinggi,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan MSM diniagakan tinggi berikutan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang kukuh.

Pada asas mingguan, kontrak bulan semasa Jun 2024 merosot RM116 kepada RM3,953 satu tan, Julai 2024 dan Ogos 2024, masing-masing berkurangan RM101 kepada RM3,975 manakala September 2024 susut RM95 kepada RM3,974 satu tan.

Oktober 2024 merosot RM88 kepada RM3,972 satu tan dan November 2024 berkurangan RM80 kepada RM3,977 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 273,012 lot daripada 377,162 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 214,980 kontrak daripada 219,011 kontrak minggu lepas.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan merosot RM90 kepada RM4,000 satu tan daripada RM4,090 satu tan pada minggu sebelumnya. -BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI