fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan pada jam pertama sesi dagangan hari ini.

Pada 10 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024, masing-masing pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing sifar. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF