fb fb fb fb fb

Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai eksport negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Julai-Sekatan unilateral oleh Amerika Syarikat terhadap lima syarikat Malaysia tidak menjejaskan nilai keseluruhan eksport negara.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, implikasi sekatan itu berbentuk individu, mengakibatkan syarikat terlibat kehilangan akses sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan di negara tersebut.

Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menjelaskan, MITI sentiasa berhubung dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan unilateral berkenaan.

Pada masa sama,mengadakan sesi perkongsian maklumat bersama firma guaman Amerika Syarikat mengenai tatacara menyahsenarai syarikat daripada sekatan.

Dalam pada itu, MITI turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan pandangan lanjut berkaitan implikasi perkhidmatan kewangan kepada syarikat terbabit.

Kelima-lima syarikat disyaki menjalankan aktiviti jual beli dan membekalkan barangan antaranya komponen dan teknologi strategik bagi program senjata Iran atau angkatan bersenjata Rusia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD