KUALA LUMPUR, 22 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal, menjejaki kadar asas pasaran tunai yang positif.
Pada 9.28 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2024 naik 4.0 mata kepada 1,491.5, Februari 2024 meningkat 3.0 mata kepada 1,492.0, Mac 2024 menambah 3.5 mata kepada 1,478.5 dan Jun 2024 merosot 6.0 mata kepada 1,482.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,310 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,637 kontrak.
Pada 9.32 pagi, FBM KLCI meningkat 2.1 mata kepada 1,488.74 daripada 1,486.37 pada Jumaat lepas.- BERNAMA