fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal dagangan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 November- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat.

Pada pukul 9.15 pagi, kontrak November 2023 menguncup 4.0 mata kepada 1,461.0, Disember 2023 dan Mac 2024 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,459.0 dan 1,446.5, manakala Jun 2024 susut 7.5 mata kepada 1,446.5.

Jumlah dagangan mencatat 1,582 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 42,233 kontrak.

Selain itu, indeks petunjuk utama FBM KLCI rendah 4.88 mata kepada 1,459.80 selepas 15 minit dagangan.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM