KUALA LUMPUR, 3 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada tengah hari Rabu, seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.
Pada rehat tengah hari, kontrak Januari 2024 menokok 5.5 mata kepada 1,459.00; Februari 2024 meraih 4.5 mata kepada 1,459.00; Mac 2024 meningkat 4.0 mata kepada 1,444.50 dan Jun 2024 menambah 2.0 mata pada 1,445.00.
Jumlah dagangan sebanyak 7,139 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,779 kontrak.
Selain itu, pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI meningkat 0.03 peratus atau 0.54 mata kepada 1,451.80 daripada paras 1,453.10 yang dicatatkan pada Selasa.- BERNAMA