fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring dengan Comex, pengukuhan dolar AS

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2024 menyusut kepada US$2,065.90 setiap auns troy daripada US$2,083.0 setiap auns troy pada Selasa / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 3 Januari - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah dalam niaga hadapan emas Comex memandangkan dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat dalam keadaan ketidaktentuan terhadap pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada 2024.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2024 menyusut kepada US$2,065.90 setiap auns troy daripada US$2,083.0 setiap auns troy pada Selasa, manakala Februari 2024 berkurangan kepada US$2,075.40 setiap auns troy daripada US$2,094.0 setiap auns troy.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,081.90 setiap auns troy daripada US$2,094.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 120 lot daripada 36 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menokok kepada 230 kontrak daripada 170 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal adalah US$2067.55 setiap auns troy, menurut penetapan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 2 Januari.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN