fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI kekal tinggi pada tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi pada tengah hari Jumaat.

Pada tengah hari, Mac 2024 naik 6.5 mata kepada 1,520.5, April 2024 menokok 5.5 mata kepada 1,521.5, Jun 2024 meningkat 6.0 mata kepada 1,525.0 dan September 2024 naik 3.5 mata kepada 1,513.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,872 lot, manakala kepentingan terbuka pada 54,389 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI menokok 1.30 mata kepada 1,537.13 daripada 1,535.83 ketika ditutup semalam. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF