fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.83 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.15 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta bagi tujuh hari dan 14 hari, satu tender qard bernilai RM300 juta bagi tujuh hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion setiap satu bagi 31 hari dan 94 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM30.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM20.8 bilion.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM