KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
Kontrak bulan semerta Disember 2024 menambah 9.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2025 naik 8.5 mata kepada 1,613.0, Mac 2025 meningkat 9.0 mata kepada 1,598.5 dan Jun 2025 menokok 10.5 mata kepada 1,604.5.
Jumlah dagangan naik kepada 7,121 lot daripada 4,471 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,593 kontrak daripada 38,271 kontrak sebelum ini.
Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI meningkat 6.67 mata atau 0.42 peratus kepada 1,608.75 daripada 1,602.08 semalam. - BERNAMA