fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.20 pagi, kontrak bulan semerta 2024, Jun 2024 dan September 2024 masing-masing susut 3.5 mata kepada 1,610.0, 1,614.0 dan 1,602.0, manakala Disember 2024 turun 4.5 mata kepada 1,608.0.

Jumlah dagangan berada pada 16,999 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 75,590 kontrak.

FBM KLCI merosot 5.19 mata kepada 1,610.63 selepas 40 minit dagangan.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM