fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Pada pukul 9.21 pagi, kontrak bulan April 2024 menambah 1.0 mata kepada 1,546.0, Mei 2024 jatuh 1.0 mata kepada 1,546.0, Jun 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,545.0, dan September 2024 tidak berubah pada 1,535.50.

Jumlah dagangan sebanyak 765 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,633 kontrak.

Pada pukul 9.40 pagi, FBM KLCI naik 3.91 mata kepada 1,547.93 daripada 1,544.02 ketika ditutup pada Isnin. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA