fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.24 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, satu untuk tujuh hari, satu bagi 14 hari serta dua tender Qard bernilai RM300 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

Selain itu, bank pusat mengumumkan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 30 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan RM26.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI