fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 April- Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh keyakinan yang meningkat terhadap rundingan tarif Amerika Syarikat dan langkah rangsangan China.

“Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat lapan sen kepada 756.50 sen sekilogram mulai Rabu manakala susu getah pukal berkurangan empat sen kepada 630.50 sen sekilogram semalam.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN