fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 April- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disokong oleh jangkaan permintaan eksport minyak sawit yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kenaikan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago bersama-sama dengan harga minyak mentah yang lebih tinggi, turut membantu menaikkan sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,800 satu tan," kata Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata eksport minyak sawit Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh setakat ini pada bulan April, dengan angka peningkatan yang ketara berbanding tempoh 1 hingga 20 Mac.

Juruukur kargo Intertek Testing Services melaporkan eksport pada 704,568 tan (+11.89 peratus), AmSpec 709,397 tan (+18.53 peratus), manakala SGS merekodkan eksport pada 572,729 tan (+3.64 peratus).

“Sementara itu, data daripada Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan menunjukkan peningkatan 9.11 peratus dalam pengeluaran minyak sawit di kilang di wilayah selatan semenanjung dalam tempoh yang sama.

“Pasaran kini menunggu anggaran pengeluaran untuk 1 hingga 20 April daripada UOB Kay Hian dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA),” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 meningkat RM34 kepada RM4,142 satu tan, Jun 2025 naik RM65 kepada RM4,076 satu tan, Julai 2025 menokok RM71 kepada RM4,037 satu tan, Ogos 2025 meningkat RM74 kepada RM4,026 satu tan, September 2025 naik RM72 kepada RM4,017 satu tan, dan Oktober 2025 menambah RM72 kepada RM4,011 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 95,905 lot daripada 86,695 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 235,722 kontrak daripada 235,300 kontrak semalam.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Mei naik RM50 kepada RM4,200 satu tan.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE