fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring prestasi COMEX

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX dalam persekitaran dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan sentimen risiko yang lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 melonjak kepada US$2,273.20 setiap auns troy daripada US$2,263.90 setiap auns troy ketika ditutup semalam dan Mei 2024 naik kepada US$2,289.0 setiap auns troy daripada US$2,284.60 setiap auns troy sebelum itu.

Sementara itu, kontrak Jun 2024, Ogos 2024, Oktober 2024, dan Disember 2024 semuanya mengukuh pada US$2,294.90 setiap auns troy daripada US$2,284.60 sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 35 lot daripada 28 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 56 kontrak pada Isnin.

Menurut London Bullion Market Association pada penetapan 28 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,214.35 setiap auns troy.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM