fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa April 2024 naik 7.0 mata kepada 1,552.0, Mei 2024 meningkat 7.5 mata kepada 1,554.50 serta Jun 2024 dan September 2024, masing-masing menambah 6.0 mata kepada 1,554.0 dan 1,543.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 8,737 lot daripada 3,367 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 48,943 kontrak daripada 43,737 kontrak sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI meningkat 3.97 mata atau 0.25 peratus kepada 1,547.99 daripada 1,544.02 pada Isnin. - BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM