fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh jangkaan kelonggaran dasar monetari daripada bank-bank pusat utama pada tahun ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada AS$2,137 setiap auns troy daripada AS$2,134 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,147.30 setiap auns troy berbanding AS$2,144.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 38 lot daripada 61 lot pada semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 64 kontrak daripada 83 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 5 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,134.40 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA