KUALA LUMPUR, 5 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, seiring dengan peningkatan dalam niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex).
Pada akhir urus niaga, kontrak Disember 2023 meningkat kepada US$2,080.80 setiap auns troy daripada US$2,047.50 pada Isnin, manakala Januari 2024 naik kepada US$2,089.70 daripada US$2,056.40 setiap auns troy sebelum ini.
Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada US$2,100.50 setiap auns troy.
Jumlah dagangan menokok kepada 213 lot daripada 12 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 458 kontrak daripada 236 sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$2,049.05 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada 4 Disember.- BERNAMA