KUALA LUMPUR, 1 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi berikutan naratif jangkaan ekonomi pada 2024 yang pelbagai mencetuskan ketidaktentuan pasaran dan mendorong permintaan lebih tinggi terhadap logam berharga itu, kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan emas COMEX di New York Mercantile Exchange meningkat pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 dan Januari 2024 meningkat kepada US$2,056.70 setiap auns troy daripada US$2,047.50 setiap auns troy dan kepada US$2,065.6 setiap auns troy daripada US$2,056.40 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada US$2,076.10 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot kepada 21 lot daripada 157 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 245 kontrak daripada 225 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,035.45 setiap auns troy, mengikut London Bullion Market Association pada 30 November.- BERNAMA