KUALA LUMPUR, 26 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX AS.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik kepada AS$2,035.70 setiap auns troy daripada AS$2,020.60 auns troy ketika ditutup pada Jumaat, manakala Mac 2024 meningkat kepada AS$2,042.20 setiap auns troy daripada AS$2,027.10 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak untuk April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,053.20 setiap auns troy berbanding AS$2,038.10 setiap auns troy pada Jumaat.
Jumlah dagangan susut kepada satu lot daripada tujuh lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 66 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,027.45 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 23 Februari. -BERNAMA