fb fb fb fb fb

 Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah untuk hari dagangan keempat berturut-turut, menjejaki pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,406.60 setiap auns troy daripada US$2,407.00 setiap auns troy pada Isnin, manakala Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 turun kepada US$2,420.00 setiap auns troy daripada US$2,423.00 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 22 lot daripada 12 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 47 kontrak daripada 39 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,392.70 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Julai, 2024.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN