fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Jun 2024 turun kepada US$2,319.10 setiap auns troy daripada US$2,334.40 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,326.30 setiap auns troy daripada US$2,341.30 setiap auns troy sebelumnya.

Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup rendah kepada US$2,342.30 setiap auns troy daripada US$2,357.20 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan naik kepada 29 lot daripada enam lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49 kontrak daripada 27 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,325.05 setiap auns troy, menurut Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan petang pada 25 Jun.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE