fb fb fb fb fb

Harga petrol, diesel kekal hingga 3 Julai

FOTO FAIL BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 27 hingga 3 Julai ini.

Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE