fb fb fb fb fb

Maybank sasar RM18 bilion agihan pembiayaan kepada PKS

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Maybank sasar agihan pembiayaan berjumlah RM18 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana; PKS tahun ini.

Jumlah yang mewakili pertumbuhan 13 peratus itu, merupakan sebahagian daripada sokongan berterusan bank dalam ke arah peralihan yang lebih berdaya maju.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, seiring sasaran itu, Hab PKS MyImpact diperkenal.

Ia merupakan ekosistem bersepadu sehenti, yang menawarkan penyelesaian berasaskan nilai berdasarkan prinsip lestari.

"Kami berhasrat memperkasa PKS agar mampu bersaing di peringkat global. Menyokong usaha itu, hab myimpact bukan hanya memenuhi keperluan perbankan. Usaha ini juga selari Pelan Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030),"katanya.

Tahun lalu, RM17 bilion pembiayaan diagihkan kepada usahawan PKS, termasuk RM5 bilion pembiayaan mampan.

Maybank turut menawarkan Halal Solutions bertujuan membantu 200,000 PKS Industri Halal Malaysia, yang merangkumi 70 peratus pelanggan Maybank.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE