fb fb fb fb fb

LIA diiktiraf lapangan terbang terbaik dunia 2023

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) sekali lagi diiktiraf antara lapangan terbang terbaik dunia 2023 dalam kategori dua hingga lima juta pelanggan setahun

LANGKAWI, 27 Februari - Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) sekali lagi diiktiraf antara lapangan terbang terbaik dunia 2023 dalam kategori dua hingga lima juta pelanggan setahun.

Ini menerusi kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Mohamed Rastam Shahrom berkata penghargaan terbaharu oleh badan global itu memberi dorongan kepada MAHB untuk terus mengekalkan standard tinggi perkhidmatannya.

"ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi keseluruhan kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Routes Asia 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 Februari dihadiri hampir 1,000 delegasi terdiri daripada ketua industri penerbangan serantau termasuk perancang rangkaian daripada 110 syarikat penerbangan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN