fb fb fb fb fb

Konsortium meterai HOA biayai projek 5G

PETALING JAYA, 19 Januari -  Sebuah konsortium, terdiri daripada SMTrack Bhd bersama lima syarikat senaraian lain, menandatangani Perjanjian Awal (HOA) dengan 5G Infra Tech Solution Sdn Bh (5GInfraTech) untuk melaksanakan pelbagai langkah korporat.

Ia bagi melaksanakan beberapa siri urus niaga korporat, bertujuan mengumpul dana dan membiayai projek berkaitan 5G dan gentian optik di negara ini.


Menurut Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack, Azmi Osman, konsortium itu menjangkakan pelbagai potensi usaha sama untuk membiayai pemasangan menara telekomunikasi 5G di negara ini.

Bagaimanapun, dana yang bakal dikumpul belum dimuktamadkan.

"5GInfraTech akan melaksanakan projek 5G pertamanya dengan kerjasama Ennova Sdn Bhd (Ennova), antara kontraktor untuk projek 5G oleh DNB

"Pelaburan dalam syarikat telekomunikasi 5G seperti Ennova akan meningkatkan aliran pendapatan dan keuntungan konsortium," katanya pada majlis menandatangani HoA itu.

Konsortium tersebut turut disertai Country Heights Holdings Bhd, Jiankun International Bhd,Sersol Bhd,Techna-X Bhd dan MQ Technology Bhd.

 

 

Media Baharu