fb fb fb fb fb

RM150 juta pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir dilulus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Sebanyak RM150 juta peruntukan bantuan pembiayaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang terkesan banjir diluluskan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata jumlah itu dinaikkan berbanding RM100 juta sebelum ini susulan mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas.

"Pada Disember lepas, BSN menawarkan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir yang dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM5,000 dengan kadar 0 peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada penduduk terjejas banjir seluruh negara," katanya dalam wawancara inklusif Bersama Menteri Kewangan di TV1 malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, Pakej Bantuan Banjir yang disediakan setakat ini mencecah lebih RM1.4 bilion termasuk moratorium pinjaman kenderaan, rumah dan kad kredit daripada semua bank bagi menangguhkan pinjaman mereka.

Ia termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barang keperluan dan bantuan baik pulih rumah.

Media Baharu