fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM41.25 bilion dan RM20.65 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengadakan dua tender Qard bernilai RM400 juta selama tujuh hari dan RM800 juta bertempoh 15 hari, serta tender repo berbalik sebanyak RM1.5 bilion bagi jangka masa 31 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, ia akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.8 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM19.5 bilion.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM