fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniaga rendah pada sesi tengah hari ini.

Pada waktu rehat tengah hari, November 2023 dan Disember 2023 masing-masing turun 4.0 mata kepada 1,437.50 dan 1,438.00 manakala Oktober 2023 susut 2.5 mata menjadi 1,439.00 dan Mac 2024 rendah 3.5 mata untuk mencatatkan paras 1,427.00.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 13,332 lot dan 60,695 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI kehilangan 4.49 mata kepada 1,437.41 berbanding penutupan Jumaat lepas pada 1,441.90.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN