fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM26.02 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.78 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing bagi 31 hari dan 91 hari serta satu tender Qard bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM28.0 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM28.3 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE