fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan sokongan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM22.60 bilion manakala dalam dana Islam berjumlah RM16.53 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 15 hari, dan dua tender repo terbalik bernilai RM1 bilion untuk 30 hari dan 91 hari.

BNM akan mengeluarkan Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) sebanyak RM1 bilion untuk tarikh terbitan pada 19 April, dengan tarikh pembukaan pada 17 April (10 pagi) dan tarikh tutup pada 18 April (10 pagi).

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM24.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM16.5 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE