fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

GAMBAR ARKIB / RTM

KUALA LUMPUR, 3 Januari - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM38.89 bilion pada Jumaat daripada RM36.30 bilion pada minggu sebelumnya manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM24 bilion daripada RM17.40 bilion sebelum ini.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebanyak 2.75 peratus pada 30 Dis 2025. -BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM