KUALA LUMPUR, 5 Januari - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM32.90 bilion daripada RM36.40 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM22.82 bilion sebelum ini.
Terdahulu hari ini, bank pusat itu mengeluarkan dua tender repo berbalik.
Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM32.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24.80 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 2 Jan, 2026. -BERNAMA