fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.42 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.30 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM800 juta untuk tujuh hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 29 hari dan akan menerbitkan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM1 bilion pada 26 Feb untuk 29 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.4 bilion dan RM23.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN