KUALA LUMPUR, 16 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.85 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.08 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.2 bilion untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.1 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM20.6 bilion.- BERNAMA