fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.47 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.63 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM400 juta untuk tujuh hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 31 hari dan 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM29.2 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN