fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM41.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.80 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 bilion untuk 14 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Qard bernilai RM400 juta untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 32 hari dan 91 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.5 bilion dan sehingga RM33.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI